Monday, April 20, 2009

jom minum free

betul ni.kalau rasa nak minum dan jamah sedikit nasi berlauk campur secara percuma di restoran mana2 boleh la kawan cuba baca apa yang akan aku tulis kat bawah ni nanti.

semalam,setelah hampir 4 jam aku menunggang motor yamaha RXZ aku dari kampong sampailah ke shah alam(seksyen 26),perut aku terasa amat lapar pulak.mungkin sebab aku xmakan apa2 sebelum bertolak dari rumah kat kampong kot.maka setelah hujan renyai2 yang menyambut ketibaan aku sampai tadi mula berhenti,aku memaksa seorang budak yang tinggal kat rumah seksyen 26 tu;beliau juga sebenarnya adalah jiran sebelah rumah aku kat kampong di Kuala Lipis(sekadar guna nama glamour).dengan persetujuan aku,beliau telah membawa aku dan adik aku ke sebuah restoran melayu di seksyen 27.ahhh aku kena psyko dengan baqi pulak dah.macam mana nak taip ni..ok la aku sambung cerita aku gi makan tadi.ha, sesampainya aku di restoran tu,aku terus je meluru ke tempat lauk pauk tu.lapar beb..dan aku pun pilih la lauk yang boleh dikatakan membuka selera aku yang tengah lapar tadi.aku ambil ayam koreng kunyit dan sayur campur.siap ada udang beb.order pulak teh 0 ais kurang manis..meleleh aku.tapi masa gi bayar tu meleleh jugak aku dengar harganya makanan dn teh 0 ais aku tu.RM8.00.tapi biasa la shah alam kata aku dalam hati.walaupun ada juga cakap 'cis mahalnya',cakap dalam hati juga la.aku pun meneruskan agenda aku,iaitu makan dengan pelahapnya.sambil makan,sambil minum air(tak kira dah cakap orang minum sambil makan jadi pelupa)aku lapar.sedang asyik menjamu selera,tiba2 budak yang bawa kami tadi tunjuk sesuatu kat atas ayam goreng kunyit dalam pinggan.TELUR LALAT.yark!!!.dah separuh aku makan makanan tu.aku pun panggil la owner restoran tu.nak komplain.bukan apa,jatuh la maruah aku makan telur lalat kn.sakit perut belum tentu la.dia datang minta maaf(melayu) dan bagi la balik duit aku RM8.00.aku buat2 muka macam tak puas hati dan blah dari restoran tu.

kan teh 0 ais dan separuh makanan aku tu free.free tlur lalat lagi.jadi kalau anda takde duit,ambil la telur lalat letak dalam pinggan anda.(tapi bukan tu yang aku lakukan semalam ye,jangan salah faham)

dan tadi aku ada ym dengan member lama aku,hija.dia sakit perut.aku ingat makn telur lalat macam aku semalam.rupanya bukan..

semoga cepat hilang sakit perut tu ye hija.

Sunday, April 19, 2009

tanpa tajuk

yes!! akhirnya Cipu sudah pun gi kerja.boleh la aku berkarya.mertimbun idea idea merapu bersarang dalam kepala aku ni, sampai dah bercampur aduk dan tak tahu hujung pangkalnya dah pun.

oleh kerana ada peluang ni aku cuba cubalah bercerita sorang2.cerita tentang diri sendiri ker,cerita tentang tanggapan aku pada orang/kawan2 ker,best jugak ni.

tapi kalau nak bercerita tentang diri sendiri ni,agak sukar juga la.sebab mungkin aku/kita cuba sedaya upaya juga untuk cerita yang kita ni best,jujur,baik,hensem dan lain lain la.sebab xkan plak nak cerita yang kita ni penipu,dengki,buruk sangka dan kawasan sewaktu dengannya la.walaupun aku sanggup tak klik web masa depan Yan dalam blog dia sebab tak nak bagi dia 7 sen.dengki la tu kn..hehehe.tapi aku jujur sebab bagitau dia pasal tu.

berbalik pada sifat2 positif aku tadi;jujur,baik,berfikiran terbuka,sopan santun,mesra,peramah(tapi malu2 dan dianggap sombong jgk la masa mula2 berkenalan dengan Hija) dll.contohnya dengan mesra dan peramah tu, boleh la dikatakan satu keistimewaan juga la pada diri aku ni berbanding dengan orang yang tak permah dan mesra tu.sebab dengan sifat itu lah aku senang didekati dan juga mendekati serta mendapat kenalan kenalan baru(terutamanya kaum bukan sejenis).selain tu juga ada la sedikit yang suka memberi perkhidmatan kaunseling secara percuma.maklum la ex-girlfriend dulu seorang graduate kaunselor.
.........(SUDAH BERLAKU PEMOTONGAN TEXT DI SINI)...........
dan mungkin dengan peramah juga aku senang dapat kawan (wanita) dan seterusnya menjadi begitu rapat.sepertimana persahabatan aku dengan Siti Aminah(budak print UiTM shah alam) yang mungkin kawan kawan lain aku tak pernah tahu pun aku berkawan dengan dia.kami selalu keluar lepak,makan makan.pinjam motor Baqi.hehehe.
jadila lelaki budiman dan peramah wahai kawan kawan aku di luar sana.hahaha
petang petang atau malam malam keluar naik moto.pergi karaoke,menonton wayang,minum ABC special.tu antara aktiviti aku dengan Ida(cikgu).tapi kitaorang memang rapat la,sebab dah tahap buka puasa bersama,beli juadah bersama,buat kerja bersama,melintas jalan ....................(hehehe dia takut lintas jalan).aku pun tak tahu kenapa aku boleh rapat sangat dengan dia.tapi mungkin selepas peristiwa yang menimpa dia kot.jadi mungkin aku ambil berat dan bimbang dengan keselamatan dia kot.tu yang jadi selalu dengan dia.huhuhu.tapi apa apa pun, seronok la 'mengawan' dengan dia(sila rujuk blog yan'bahasa jiwa bangsa')

dengan kawan2 lain pun aku seronokk juga.Ila,Ciah,awin,mas(geng bau kapir),nad(walaupun orang lain tak suka),rad,hija,intan(hehe)dan semua la.malas aku nak tulis nama.

eh aku rasa macam nak cerita kenangan masa duduk seksyen 4 la pulak.dengan kawan kawan yang perangai ntah pehapa je sorang sorang.tapi majoriti semua baik dan hormati orang tua la.sepertimana mereka hormati Ari.Ari merupakan seorang penghulu yang berdedikasi dan bertanggungjawab menyatupadukan seluruh warga seksyen 4 tu.banyak jasa beliau kepada budak budak rumah.walaupun dia berahsia pasal Pameran Lukisan Artist Kelantan kat balai tu.lupakan la ya.(harap dia tak baca la blog aku ni).
kepada Ucop tu,jagan la salahkan Ari sorang je pasal bilik korang tu kotor dan berbau.hang pun tak sapu bilik juga kan.tapi sekarang ni anda sudah berjaya ya Ucop.dengan print2 nya itu.apa2 hal,balai mesti call dia dulu la pasal print.bilik pun dah kemas dan bersih.aku ada gi rumah dia kat machang hari tu,maklumla dah jadi lecturer.tapi pasal cerita berulang tu,kita semua kena terima hakikat la ya.da Ucop,Ucop juga la.hahaha
pada pendapat aku la,penghuni seksyen 4 yang paling best adalah Yan la kot.sebab kalau beliau tak best,takde la Baqi dengan Pinen nak sangat naik kereta dengan dia masa kitaorang gi mandi Ulu Yam hari tu.aku juga naik dengan Ari je.kalau tak best juga, takde la semua orang nak jadi pengikut Yan masa krisis dia dengan Kre tu.dengan aku aku sekali mengungkit cerita lama sebagai sokongan membenci Kre.politik, biasa la.kalau aku sokong Kre,maknanya dengan aku sekali la kena pulau.Kre takpe la boleh gi Serdang jumpa Kheghol dan Meghan.tak pun masuk lorong.hehe.aku???di samping itu,bestnya jadi Yan sebab dapat sponser kawin dengan kekasihnya itu.lepas ni jadi 'ceghidik' dah la walaupun hakikatnya 'gemuk bodo'.jaga Intan tu lebih dari intan berlian.sama2 tambah ilmu agama.nak jadi ceghidik kena fikir semua tu bro.tahniah la kepada anda berdua.Intan,rajin2 la guna sauna tu.nanti bertambah jelita di hari persandingan kalian.eh Tan,aku ada simpan lagi mesej yang mu bagi masa gaduh dan kecewa dengan Haris sebab tak nak bangun gi jemput mu hari tu.hehehe.
yang kurang bestnya Baqi la.jadi pakwe sandaran.kalau jadi guru sandaran tak terlatih(GSTT) tu dapat la jugak gaji bersih RM2045.65 lepas ditolak KWSP dan sebagainya.ni jadi pakwe sandaran,menghabiskan kupon Nando's dan duit gi tengok cerita seram.dah la jahanam satu kunci motor.aku juga yang gi jadi hero.hahaha.tapi tu sebenrnya langsung tak kelakar kn? tak pe Qi,tu semua boleh jadi kenangan yang best la juga kan,boleh monggek.tapi salah masuk kereta orang lain tu kelakar.main rakam2 suara dengan henset Yan dalam bilik aku tu pun kelakar kan??
sekarang ni sudah tak seceria dulu dah.Pinen pun mungkin dah tak main teluh kambing dia tu.perangkap busuk pun sudah berkurangan sejak kembali di sambung gigi dia yang patah dan berongga yang membusuk selama 7 tahun tu.kini Pinen tampil kacak dengan gigi baru.

Shot pula semoga berbahagia dengan Salleh di Terengganu tu.

Cipu si pengembala kambing merah,jasamu menggunung terutamanya kepada penghuni seksyen 4.di harap tercapai la target nak dapat OT RM3000 bulan ni.bawak2 la berehat dan fikir2kan la juga mengejar kasih sayang disamping mengejar kekayaan.fikir2 kan juga la Ila.

dah la.penat aku....