Monday, April 20, 2009

jom minum free

betul ni.kalau rasa nak minum dan jamah sedikit nasi berlauk campur secara percuma di restoran mana2 boleh la kawan cuba baca apa yang akan aku tulis kat bawah ni nanti.

semalam,setelah hampir 4 jam aku menunggang motor yamaha RXZ aku dari kampong sampailah ke shah alam(seksyen 26),perut aku terasa amat lapar pulak.mungkin sebab aku xmakan apa2 sebelum bertolak dari rumah kat kampong kot.maka setelah hujan renyai2 yang menyambut ketibaan aku sampai tadi mula berhenti,aku memaksa seorang budak yang tinggal kat rumah seksyen 26 tu;beliau juga sebenarnya adalah jiran sebelah rumah aku kat kampong di Kuala Lipis(sekadar guna nama glamour).dengan persetujuan aku,beliau telah membawa aku dan adik aku ke sebuah restoran melayu di seksyen 27.ahhh aku kena psyko dengan baqi pulak dah.macam mana nak taip ni..ok la aku sambung cerita aku gi makan tadi.ha, sesampainya aku di restoran tu,aku terus je meluru ke tempat lauk pauk tu.lapar beb..dan aku pun pilih la lauk yang boleh dikatakan membuka selera aku yang tengah lapar tadi.aku ambil ayam koreng kunyit dan sayur campur.siap ada udang beb.order pulak teh 0 ais kurang manis..meleleh aku.tapi masa gi bayar tu meleleh jugak aku dengar harganya makanan dn teh 0 ais aku tu.RM8.00.tapi biasa la shah alam kata aku dalam hati.walaupun ada juga cakap 'cis mahalnya',cakap dalam hati juga la.aku pun meneruskan agenda aku,iaitu makan dengan pelahapnya.sambil makan,sambil minum air(tak kira dah cakap orang minum sambil makan jadi pelupa)aku lapar.sedang asyik menjamu selera,tiba2 budak yang bawa kami tadi tunjuk sesuatu kat atas ayam goreng kunyit dalam pinggan.TELUR LALAT.yark!!!.dah separuh aku makan makanan tu.aku pun panggil la owner restoran tu.nak komplain.bukan apa,jatuh la maruah aku makan telur lalat kn.sakit perut belum tentu la.dia datang minta maaf(melayu) dan bagi la balik duit aku RM8.00.aku buat2 muka macam tak puas hati dan blah dari restoran tu.

kan teh 0 ais dan separuh makanan aku tu free.free tlur lalat lagi.jadi kalau anda takde duit,ambil la telur lalat letak dalam pinggan anda.(tapi bukan tu yang aku lakukan semalam ye,jangan salah faham)

dan tadi aku ada ym dengan member lama aku,hija.dia sakit perut.aku ingat makn telur lalat macam aku semalam.rupanya bukan..

semoga cepat hilang sakit perut tu ye hija.

No comments:

Post a Comment