pada awal minggu ni kalau di stesen2 tv;dalam berita.popular juga la tentang gejala mat rempit mewarnai malam2 di ibu kota kembali diperkatakan.tengok aksi2 yang melanggar sekatan polis dan sebagainya tu nampak macam dalam cerita omputih jugak kan.
maka seperti biasa la kan, kalau ada insiden2 macam tu.mesti la ramai orang2 yang beremosi dengan sikap dan tingkahlaku mat2 rempit tu.ramai la yang beri pendapat yang mungkin membuatkan mereka makan tak kenyang,mandi tak basah sekiranya tidak di luahkan pendapat2 mereka tu.
sebenarnya pendapat orang ramai juga penting dalam mencari jalan penyelesaian masalah2 masyarakat.terutamanya berkaitan dengan golongan remaja masa kini.tapi pendapat tu biarlah yang berlandaskan kepada logikalnya.pendapat ni sebenarnya berkaitan dengan idea.untuk mendapatkan idea,kita kena melalui proses yang di panggil pemikiran.berfikir.
malam tadi aku ada la 'ter'tonton rancangan yang berkaitan dengan penulisan blog .BLOG@1. yang mana mengupas tentang penulisan berhemah.jadi aku cuba la jadi berhemah dengan tidak menggunakan perkataan2 yang tidak berapa elok di dengar dalam blog ini.
berbalik kepada mat rempit tadi,kalau ada yang nak berikan pendapat mereka tentang cara mengatasi dan sebagainya tu,berikanlah pendapat anda yang bernas.kalau setakat jangan benarkan motosikal digunakan di kawasan bandar pada waktu malam,kurangkn kuasa kelajuan motosikal kepada 20kmj tu,tak payah lah berikan pendapat anda.
stesen tv pun xperlu la menyusahkan diri untuk membaca pendapat2 sebegitu dalam berita.nampak sangat yang si pemberi pendapat tak berfikir dan yang membaca pendapat pun tak fikir dulu sebelum hebahkan.main sebat je.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment