pagi tadi,macam pagi2 yang biasa la.kalu malam tadi tak hujan,maka aku akan kerkunjung ke dalam kebun getah ayah aku.bukan untuk membuat lawatan sambil belajar.tapi sebenarnya untuk menoreh getah.
dan macam di hari2 yang biase juga lah,mase aku menoreh tu.aku biarkan fikiran aku melayang entah ke mana2,berkhayal(tapi tanpa pengaruh dadah ya..),berfikir,dan juga bermuhasabah diri.pendek kata dalam masa hampir 3jam tu,hanya beberapa minit je aku khusyuk menoreh.selebihnya aku melayang la macam yang aku cakap tadi.kadang2 ada la ganguan seperti kaki tersangkut kat akar,pacat gigit betis.tapi tu masalah kecik je.pacat tu akan putus dua la sebagai hukuman gigit aku.huh.kejam2.
aku sebenarnya di sini nak bercakap tentang apa yang aku fikirkan tu.sehinggakan nak menulis di sini.ada banyak la yang aku fikir.masalah sosial(macam mat rempit yang meragut tu),politik pun aku fikir jugak.pilihan raya kecil yang semakin kerap diadakan sekarang.masalah BN yang sudah tergugat tu.tapi aku tak daftar mengundi la.hehehe.tapi yang paling besar masalah yang aku fikir adalah SAMPAI BILA AKU NAK MENOREH NI?ye la kan,dengan keadaan aku yang ada la jugak degree(ijazah), tak kan aku nak terus berapa di sini merampas kerja yang merupakan kepakaran ayah aku dan juga penduduk kanpong ni.
masa bila aku nak gunakan ilmu yang aku pelajari di universiti tu kan.aku belajar bukan main lagi SENI HALUS(fine art),dalam tu sume aku belajar.ELIMEN SENI,PRINSIP REKAAN,NILAI ESTETIKA MELAYU,BUDAYA TRADISI,ADAT ISTIADAT,SENI ISLAM,SENI BARAT,KUALITI WARNA,SENI FOTOGRAFI,SENI ARCA,SENI CETAK,termasuklah derngan yang menggunakan komputer macam seni grafik tu.ADOBE FOTOSHOP,ILUSTRATOR dan MACROMEDIA FLASH(yang buat animasi tu)dan bermacam macam lagi la yang berkaitan dengan seni dan juga rekaan(ART AND DESIGN).semua tu langsung tak diperlukan dalam kerja menoreh ni.
jadi sudi sudikan la kepada sesiapa yang ada kerja kosong tu bagi kat aku part time ke,full time ke,kontrak ke, tak kesah.hehehe.tapi kalau boleh base on ART AND DESIGN la.tak kan menoreh jugak kan.
kalau ada la sesiapa yang rasa serius nak bagi aku kerja,sila la buat sesuatu ya.kerjasama anda amat dihargai..
sekian terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment