Thursday, August 13, 2009

penghuni sebuh kubur

salam mesra..tapi sebenarnya untuk sape pn aku tak tau la 'salam mesra' aku ni.sebab ada ker org yang baca blog aku ni?ada tu memang la ada, tapi tu pn sebab aku yang suruh baca la.tapi xpe, yang penting aku kembali menulis.

tadi masa nak sign in, masalah lama dah berulang.nasib baik la tak terlalu kritikal sehingga memaksa aku buat blog baru. masalah yang dimaksudkan tu adalah macam biasa la...lupa kata laluan.

setelah sekian lama xmenulis,macam banyak pulak benda yang aku nak tulis.sampaikan aku sendiri pun xtau mana satu yang aku nak tulis.

nak cerita pasal anjing janda garang beranak tiga sebelah rumah macam yan pun, rumah aku xberjirankan anjing.lagipun aku xpernah pulak drive keta sambil galas tiga beg macam yang dilakukan yan tu..

tapi xpe la,cite la pasal rumah baru aku..sebab macam menarik jugak la.walaupun jiran aku bukan anjing.aku sebenarnya sewa bilik je kat Ukay Perdana 2.tempat ok la,atas bukit.sejuk la kalau nak mandi pagi.tapi jangan pulak tuduh aku xmandi pagi.aku setakat x iron baju je.2 pun sebab xde iron je..hehehe

bercerita pasal bilik aku ni best jugak, dengan keluasannya 6"x10" tu,dah dekat2 dah dengan ukuran sebuah kubur.

selain ukurannya yang sebegitu, bestnya juga bilik sewa aku ni kerana sudah dilengkapi dengan semua yang perlu ada pada sebuah bilik iaitu, pintu yang boleh dikunci,jendala yang boleh dibuka,lantai yang bersih,lampu dan paku2 di dinding untuk sangkut baju atau seluar. kipas xde.rumah atas bukit.dh sejuk

sewa bulanan adalah RM180.00. termasuk bill elektrik dan air.padahal bill bulanan rumah tu xsampai RM20.00 je pun sebulan.jadi tuan rumah tu xpayah bayar jugak bill2 tu.siot betul....

1 comment:

  1. bgs la dekat dgn kubur 2..igt skt mati 2
    mu sewa dgn erieja ko?? hahahaha

    ReplyDelete