Thursday, September 3, 2009

akhirnya aku tertewas

semalam bukan main lagi aku tulis 'persetankan' semua cakap orang pasal baju aku yang xbergosok tu.macam xpeduli je dengan semua tu.

tapi malam tadi aku telah pun berbelanja sebanyak RM29.90 untuk memiliki sebuah starika baru berjenam ELBA.tak tau la berapa hari usianya dapat bertahan dengan harga yang sebegitu.

tapi agak kecewa jugak la,sebab hari ni xde seorang pun yang perasan baju aku bergosok.hampeh betul.

aku telah kehilangan ayat keramat yang dilemparkan pada aku hampir setiap hari selama 2 bulan aku berada di sini.

"udi,ko x iron ke baju tu???"

aku sengih je mcam kerang yang xberapa busuk.
dalam hati"ala baju ko pun bekedut jugak,cume aku lagi banyak je"hehehe

(penulisan ni sebenarnya adalah saringan je.aku tengah blur ni nak key in markah student2.ramai pulak student yang xde markah sebab xhantar assingment.masalah aku ni)

apa masalah korang kalau baju aku xbergosok???

tajuk di atas tu sebenarnya saja je.dalam aku tengah cuba refresh apa yang aku fikir sebelum tidur malam tadi, terpandang pulak akan baju aku ni yang menjadi masalah utama di mata staff2 dalam lecturer room untuk tegur aku setiap hari.tapi persetankan itu semua...

terlebih dahulu aku nak ucapkan tahniah la buat kawan2 aku yang bakal menjadi raja sehari raya nanti.;yan dan intan,fifi dan mamat mana ntah.

tu je la kot yang patut aku coretkan di ruangan ini kot.sebab kalau aku tulis semua yang aku fikirkan malam tadi,mungkin boleh menjejaskan pahala puasa aku kot.

Thursday, August 13, 2009

penghuni sebuh kubur

salam mesra..tapi sebenarnya untuk sape pn aku tak tau la 'salam mesra' aku ni.sebab ada ker org yang baca blog aku ni?ada tu memang la ada, tapi tu pn sebab aku yang suruh baca la.tapi xpe, yang penting aku kembali menulis.

tadi masa nak sign in, masalah lama dah berulang.nasib baik la tak terlalu kritikal sehingga memaksa aku buat blog baru. masalah yang dimaksudkan tu adalah macam biasa la...lupa kata laluan.

setelah sekian lama xmenulis,macam banyak pulak benda yang aku nak tulis.sampaikan aku sendiri pun xtau mana satu yang aku nak tulis.

nak cerita pasal anjing janda garang beranak tiga sebelah rumah macam yan pun, rumah aku xberjirankan anjing.lagipun aku xpernah pulak drive keta sambil galas tiga beg macam yang dilakukan yan tu..

tapi xpe la,cite la pasal rumah baru aku..sebab macam menarik jugak la.walaupun jiran aku bukan anjing.aku sebenarnya sewa bilik je kat Ukay Perdana 2.tempat ok la,atas bukit.sejuk la kalau nak mandi pagi.tapi jangan pulak tuduh aku xmandi pagi.aku setakat x iron baju je.2 pun sebab xde iron je..hehehe

bercerita pasal bilik aku ni best jugak, dengan keluasannya 6"x10" tu,dah dekat2 dah dengan ukuran sebuah kubur.

selain ukurannya yang sebegitu, bestnya juga bilik sewa aku ni kerana sudah dilengkapi dengan semua yang perlu ada pada sebuah bilik iaitu, pintu yang boleh dikunci,jendala yang boleh dibuka,lantai yang bersih,lampu dan paku2 di dinding untuk sangkut baju atau seluar. kipas xde.rumah atas bukit.dh sejuk

sewa bulanan adalah RM180.00. termasuk bill elektrik dan air.padahal bill bulanan rumah tu xsampai RM20.00 je pun sebulan.jadi tuan rumah tu xpayah bayar jugak bill2 tu.siot betul....

Wednesday, May 20, 2009

OH KERJA KU....

pagi tadi,macam pagi2 yang biasa la.kalu malam tadi tak hujan,maka aku akan kerkunjung ke dalam kebun getah ayah aku.bukan untuk membuat lawatan sambil belajar.tapi sebenarnya untuk menoreh getah.

dan macam di hari2 yang biase juga lah,mase aku menoreh tu.aku biarkan fikiran aku melayang entah ke mana2,berkhayal(tapi tanpa pengaruh dadah ya..),berfikir,dan juga bermuhasabah diri.pendek kata dalam masa hampir 3jam tu,hanya beberapa minit je aku khusyuk menoreh.selebihnya aku melayang la macam yang aku cakap tadi.kadang2 ada la ganguan seperti kaki tersangkut kat akar,pacat gigit betis.tapi tu masalah kecik je.pacat tu akan putus dua la sebagai hukuman gigit aku.huh.kejam2.

aku sebenarnya di sini nak bercakap tentang apa yang aku fikirkan tu.sehinggakan nak menulis di sini.ada banyak la yang aku fikir.masalah sosial(macam mat rempit yang meragut tu),politik pun aku fikir jugak.pilihan raya kecil yang semakin kerap diadakan sekarang.masalah BN yang sudah tergugat tu.tapi aku tak daftar mengundi la.hehehe.tapi yang paling besar masalah yang aku fikir adalah SAMPAI BILA AKU NAK MENOREH NI?ye la kan,dengan keadaan aku yang ada la jugak degree(ijazah), tak kan aku nak terus berapa di sini merampas kerja yang merupakan kepakaran ayah aku dan juga penduduk kanpong ni.

masa bila aku nak gunakan ilmu yang aku pelajari di universiti tu kan.aku belajar bukan main lagi SENI HALUS(fine art),dalam tu sume aku belajar.ELIMEN SENI,PRINSIP REKAAN,NILAI ESTETIKA MELAYU,BUDAYA TRADISI,ADAT ISTIADAT,SENI ISLAM,SENI BARAT,KUALITI WARNA,SENI FOTOGRAFI,SENI ARCA,SENI CETAK,termasuklah derngan yang menggunakan komputer macam seni grafik tu.ADOBE FOTOSHOP,ILUSTRATOR dan MACROMEDIA FLASH(yang buat animasi tu)dan bermacam macam lagi la yang berkaitan dengan seni dan juga rekaan(ART AND DESIGN).semua tu langsung tak diperlukan dalam kerja menoreh ni.

jadi sudi sudikan la kepada sesiapa yang ada kerja kosong tu bagi kat aku part time ke,full time ke,kontrak ke, tak kesah.hehehe.tapi kalau boleh base on ART AND DESIGN la.tak kan menoreh jugak kan.

kalau ada la sesiapa yang rasa serius nak bagi aku kerja,sila la buat sesuatu ya.kerjasama anda amat dihargai..

sekian terima kasih.

Friday, May 8, 2009

mari berjemaah."mengumpat"

hari ni memang boring la aku kat rumah.dah 2 hari tak dapat menoreh.hujan.jadi untuk menghilangkan boring aku ni,datang la gua musang ni.cari cc.boleh la boleh la mengeluarkan sedikit sebanyak apa yang ada dalam kepala aku ni.kebanyakkannya yang xpuas hati je la.yang puas hati takde la aku simpan lame2 sehingga ada masa datang menulis ni.

sebut pasal menoreh ni,ada la minggu lepas semasa aku baru balik dari menoreh.duduk la lepak2 bawah pokok ciku depan rumah aku.melepaskan lelah.sambil kepala aku melayang.bila aku nak dapat kerja yang macam graduan2 lain dapat tu(selain menganggur).aku terdengar la suara2 ahli bergossip kat sebelah rumah aku.jarak lebih kurang 20meter dari tempat aku lepak tadi.aku ingat lagi bait2 katanya itu.

Kak Yah:dengar khabar rumah sewa Mat Aba(adik aku) kena serbu dengan polis malam 2 3 hari lepas.semua kena angkut ke balai.katanya ada orang report kes mengedar dadah.tapi setelah di soal siasat,ternyata takde kes.mungkin orang fitnah je kot.
Mak De:ye ke?kan Mat Aba tu baru je pergi sana.
Kak Yah:tu la pasal.mungkin ada la orang benci kot.tak pun,budak2 tu kan pakai motorsikal je.mungkin jiran2 bising dengan motor diaorang tu,wat report macam2.
Mak De:mungkin jugak.tak pun,mungkin orang dengki dengan Mat Aba tu.maklum la dia kan baru je dapat kerja kat conan tu.dah dapat jadi supervisor dah.tak pun dia berlagak dengan orang yang dah kerja lama kat situ.mungkin orang benci dan wat la report ngedar tu.

tu la sedikit sebanyak ayat2 mereka yang aku dapat ingat.bukan main banyak lagi hipotesis mereka.bersepah perkataan 'mungkin'.bertapa teruknya maklumat yang diterima oleh seseorang itu di olahnya.bayangkan kalau mereka menyampaikan kepada pihak ke 3 dan ke 4.mungkin(aku sendiri pun guna jugak) perkataan 'mungkin' mereka tadi telah hilang.

sifat manusia ni lagi satu,suka mengata hal orang lain.yela kan,aku sendiri pergi hantar Mat Aba tu ke rumah Deli(anak Mak De).dia tumpang sewa kat situ.tapi yang di perkatakan adalah 'rumah Mat Aba'.bukan rumah Deli yang telah menyewa di situ selama 2 tahun.Mat Aba yang duduk tak sampai 20 hari tu jugak yang di perkatakan.

lagi satu,setau aku Mat Aba hanya sebagai technician(aku belasah je eja ni) je.bukan supervisor pun.mana diorang tau semua tu.pelik.

kepada kawan2 aku.jangan la mengumpat ye.berdosa nanti.tuhan marah.aku pun marah.

tapi boleh dikatakan mengambil berat juga mereka kepada Mat Aba ye.berbanding dengan Deli yang langsung tidak disebut dalam perbincangan mereka

mari berpendapat

pada awal minggu ni kalau di stesen2 tv;dalam berita.popular juga la tentang gejala mat rempit mewarnai malam2 di ibu kota kembali diperkatakan.tengok aksi2 yang melanggar sekatan polis dan sebagainya tu nampak macam dalam cerita omputih jugak kan.

maka seperti biasa la kan, kalau ada insiden2 macam tu.mesti la ramai orang2 yang beremosi dengan sikap dan tingkahlaku mat2 rempit tu.ramai la yang beri pendapat yang mungkin membuatkan mereka makan tak kenyang,mandi tak basah sekiranya tidak di luahkan pendapat2 mereka tu.

sebenarnya pendapat orang ramai juga penting dalam mencari jalan penyelesaian masalah2 masyarakat.terutamanya berkaitan dengan golongan remaja masa kini.tapi pendapat tu biarlah yang berlandaskan kepada logikalnya.pendapat ni sebenarnya berkaitan dengan idea.untuk mendapatkan idea,kita kena melalui proses yang di panggil pemikiran.berfikir.

malam tadi aku ada la 'ter'tonton rancangan yang berkaitan dengan penulisan blog .BLOG@1. yang mana mengupas tentang penulisan berhemah.jadi aku cuba la jadi berhemah dengan tidak menggunakan perkataan2 yang tidak berapa elok di dengar dalam blog ini.

berbalik kepada mat rempit tadi,kalau ada yang nak berikan pendapat mereka tentang cara mengatasi dan sebagainya tu,berikanlah pendapat anda yang bernas.kalau setakat jangan benarkan motosikal digunakan di kawasan bandar pada waktu malam,kurangkn kuasa kelajuan motosikal kepada 20kmj tu,tak payah lah berikan pendapat anda.

stesen tv pun xperlu la menyusahkan diri untuk membaca pendapat2 sebegitu dalam berita.nampak sangat yang si pemberi pendapat tak berfikir dan yang membaca pendapat pun tak fikir dulu sebelum hebahkan.main sebat je.

Monday, April 20, 2009

jom minum free

betul ni.kalau rasa nak minum dan jamah sedikit nasi berlauk campur secara percuma di restoran mana2 boleh la kawan cuba baca apa yang akan aku tulis kat bawah ni nanti.

semalam,setelah hampir 4 jam aku menunggang motor yamaha RXZ aku dari kampong sampailah ke shah alam(seksyen 26),perut aku terasa amat lapar pulak.mungkin sebab aku xmakan apa2 sebelum bertolak dari rumah kat kampong kot.maka setelah hujan renyai2 yang menyambut ketibaan aku sampai tadi mula berhenti,aku memaksa seorang budak yang tinggal kat rumah seksyen 26 tu;beliau juga sebenarnya adalah jiran sebelah rumah aku kat kampong di Kuala Lipis(sekadar guna nama glamour).dengan persetujuan aku,beliau telah membawa aku dan adik aku ke sebuah restoran melayu di seksyen 27.ahhh aku kena psyko dengan baqi pulak dah.macam mana nak taip ni..ok la aku sambung cerita aku gi makan tadi.ha, sesampainya aku di restoran tu,aku terus je meluru ke tempat lauk pauk tu.lapar beb..dan aku pun pilih la lauk yang boleh dikatakan membuka selera aku yang tengah lapar tadi.aku ambil ayam koreng kunyit dan sayur campur.siap ada udang beb.order pulak teh 0 ais kurang manis..meleleh aku.tapi masa gi bayar tu meleleh jugak aku dengar harganya makanan dn teh 0 ais aku tu.RM8.00.tapi biasa la shah alam kata aku dalam hati.walaupun ada juga cakap 'cis mahalnya',cakap dalam hati juga la.aku pun meneruskan agenda aku,iaitu makan dengan pelahapnya.sambil makan,sambil minum air(tak kira dah cakap orang minum sambil makan jadi pelupa)aku lapar.sedang asyik menjamu selera,tiba2 budak yang bawa kami tadi tunjuk sesuatu kat atas ayam goreng kunyit dalam pinggan.TELUR LALAT.yark!!!.dah separuh aku makan makanan tu.aku pun panggil la owner restoran tu.nak komplain.bukan apa,jatuh la maruah aku makan telur lalat kn.sakit perut belum tentu la.dia datang minta maaf(melayu) dan bagi la balik duit aku RM8.00.aku buat2 muka macam tak puas hati dan blah dari restoran tu.

kan teh 0 ais dan separuh makanan aku tu free.free tlur lalat lagi.jadi kalau anda takde duit,ambil la telur lalat letak dalam pinggan anda.(tapi bukan tu yang aku lakukan semalam ye,jangan salah faham)

dan tadi aku ada ym dengan member lama aku,hija.dia sakit perut.aku ingat makn telur lalat macam aku semalam.rupanya bukan..

semoga cepat hilang sakit perut tu ye hija.